Kuala Lumpur – Penerbit Datuk Yusof Haslam enggan masuk campur susulan isu bekas menantunya pelakon Puteri Sarah Liyana mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang mengeluarkan kenyataan tentang dirinya.
Yusof, 69, berkata, selepas membaca mengenai perkara tersebut, dia juga sudah berbincang dengan isteri, Datin Patimah Ismail untuk mengambil pendekatan tidak memberi sebarang komen berhubung isu itu.
“Tidak manis sekiranya kami asyik nak komen lebih-lebih. Saya doakan yang terbaik sahaja,” katanya.
Tambah Yusof dia juga berharap perkara tersebut tidak dipanjangkan sehingga menjadi kes mahkamah sekiranya ia boleh diselesaikan secara baik.

Saya Percaya Bekas Menantu
Dalam masa sama Yusof juga merasa pelik apabila isu sebegitu timbul selepas anaknya Syamsul telah menyelesaikan isu rumah tangga dengan Puteri Sarah secara baik sebelum ini.
Saya percaya kepada bekas menantu saya, Sarah boleh selesaikan dengan cara baik. Kalau boleh elakkan daripada saman-menyaman ini. Tidak ke mana pun saman-saman ini.
“Saya pun pelik kenapa individu itu masuk campur. Saya dah berusia, kadang kala orang persoalkan kenapa saya masuk campur. Ini urusan keluarga saya, saya sendiri berada dalam keadaan itu,” ujarnya.
Sementara itu, Yusof juga memberitahu dia tidak pernah berbincang dengan Puteri Sarah akan perkara tersebut kerana kedua-dua mereka kini sedang sibuk dengan urusan kerja.

Sebelum ini Puteri Sarah meluahkan rasa bengang apabila seorang individu dipercayai bekas menantu pelakon Kazar Saisi kembali membuka cerita soal kemelut rumah tangga dengan Syamsul.
Dalam satu perkongsian di laman Instagram miliknya, Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Kamaluddin, 38, bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
Kredit : Mstar/IG
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.