Cium anak2 lama2.. “Netizen sebak lihat Video terakhir bersama Anak2..

(Video) “Arwah Cium anak2 lama2.. “Netizen sebak lihat Video terakhir Arwah bersama Anak2..


AKAUN Facebook Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna yang terkorban dalam nahas helikopter pada pagi Selasa dihujani dengan ucapan takziah daripada netizen.

Semakan mStar mendapati anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu kali terakhir berkongsi foto di Facebook pada 18 Mac lalu

Menerusi hantaran berkenaan, Joanna kelihatan tersenyum manis sambil diapit dua anaknya yang masih kecil.

Setakat pukul 6 petang, lebih 300 komen netizen membanjiri hantaran berkenaan yang rata-ratanya simpati akan nasib anak-anak mendiang.

“Berat sekali ujian Tuhan buat Joanna. Kasihan tengok anak-anaknya yang masih kecil.

“Kenangan terakhir seolah-olah memberi hint yang kita tidak sedar.

“Salam takziah. Semoga keluarga tabah menghadapi ujian serta dipermudahkan segala urusan seterusnya.

“Kecil-kecil lagi anak dia. Jangan sedih ya. Berbanggalah mak korang meninggal masa bertugas.

“Kamu pasti bangga satu hari kelak. Ibumu seorang wirawati kebanggaan TLDM.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini senarai penuh identiti 10 mangsa maut nahas helikopter di Lumut

“Ibu kamu seorang yang hebat. Semoga membesar dengan sihat,” tulis netizen.

Berdasarkan foto yang dikongsi, Joanna mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Terdahulu, TLDM mengesahkan 10 individu terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, Perak

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*