You are currently viewing Tular laporan kematian Zayn Rayyan Bocor, polis Cari individu ini

Tular laporan kematian Zayn Rayyan Bocor, polis Cari individu ini

PENYEBARAN maklumat yang didakwa sebagai fakta siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin menyebabkan seluruh warga maya kecoh pada Khamis.

Susulan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain akan menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi menyekat penyebaran maklumat berkenaan.

Tambah Shuhaily, penyebaran maklumat yang tidak sahih menerusi media sosial merupakan satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab dan boleh mengganggu perbicaraan kes pembunuhan kejam itu.

“Saya ingin katakan sekali lagi segala perkara yang membabitkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Ia memang boleh mengganggu perjalanan perbicaraan yang akhirnya kita tidak akan mendapat keadilan kepada arwah adik Zayn Rayyan itu sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: JKM ambil adik Zayn Rayyan selepas ibu bapa dibebaskan

“Saya tidak akan teragak-agak untuk mendakwa pihak itu kerana segala penat jerih rakan-rakan (pihak polis) yang lain dalam menyiasat boleh tergugat dengan perkara yang berlaku ini,” ujarnya.

Shuhaily berkata demikian pada sidang media khas di Bukit Aman pada Jumaat.

Tambahnya, polis juga akan menyiasat dalang di sebalik penyebaran maklumat itu.

Terdahulu, pengguna media sosial kecoh apabila tersebarnya tangkap layar yang didakwa sebagai fakta siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan.

Penyebaran maklumat itu berlaku selepas ibu bapa Zayn Rayyan dibebaskan dengan jaminan RM10,000 setiap seorang pada Khamis.

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama pada Khamis.

Untuk rekod, Zayn Rayyan dilaporkan hilang di kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai pada 5 Disember 2023 sebelum dia ditemukan mati dibunuh pada keesokan harinya.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply