Kuala Lumpur – Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri menyerahkan segala keputusan kemenangan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 ABPBH pada rezeki.
Malah Bell yang hadir pada malam anugerah ini juga berkata dia jarang untuk berjalan di atas karpet merah kecuali pada malam ini.
Saya tak fikir apa-apa nak enjoy sahaja. Suasana nak naik karpet merah ini pun sepanjang hidup saya kalau datang sebagai artis pun selalu lalu belakang. Tahu tahu dah masuk dalam.
“Tapi mereka suruh saya jalan juga di karpet merah maka saya turutkan sahaja ,” katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, Bell juga turut menjelaskan konsep karakter Barkoba yang di bawanya pada malam ini.
Saya memang sengaja pakai gaya Barkoba ni sebab saya tahu rakyat Malaysia suka sangat dengan Barkoba.
“Jadi saya pakai kerana sayangkan mereka dan juga Barkoba, ini pendapat saya lah,” ujarnya.
Jumlah Undian Bell Dari Penaja
Penantian rakyat Malaysia untuk melihat calon kegemaran mereka, Bell Ngasri menggondol Anugerah Bintang Popular akhirnya tercapai malam tadi.
Sejak undian Top 5 bermula, nama Bell Ngasri sudah menjadi fenomena dan tular di semua platform dalam kategori Artis Komedi Popular.

Dalam ucapannya malam tadi, beliau amat menghargai kesungguhan seluruh rakyat Malaysia yang mengundinya sehingga dia berjaya memegang trofi bersejarah itu.
Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada penganjur, Berita Harian.
Berkat undian dan berkat doa seluruh rakyat Malaysia, saya sendiri tak percaya dalam dewan penuh dengan peminat Anna Jobling dan Meerqeen. Tetapi Alhamdulillah, semua boleh ucap yak yak yeay.
Dapatlah satu anugerah yang ada perkataan popular yang tidak pernah saya impikan. Saya pernah dapat trofi Aktor Pembantu Lelaki Terbaik, tetapi anugerah dari segi populariti, ini yang pertama saya bersyukur. Terima kasih semua yang mengundi.
“Tak lupa juga pencipta watak Barkoba Allahyarham Mamat Khalid, saya tak pernah saya lupakan jasanya. Arwah sentiasa dalam doa saya. Yak Yak Yeay!,” katanya.
Terdahulu, Bell Ngasri mencipta fenomena luar biasa tahun ini selepas mendapat sokongan rakyat Malaysia yang berharap dia dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35.
Kredit : Astro/FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.