You are currently viewing Selepas ibubapa Zayn Rayyan ditahan, giliran Datuk Nenek Zayn pula ditahan

Selepas ibubapa Zayn Rayyan ditahan, giliran Datuk Nenek Zayn pula ditahan

Datuk dan nenek kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan polis petang ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan itu ditahan jam 2.30 petang tadi.

Menurutnya, penahanan mereka bagi membantu siasatan pembunuhan Zayn.

Sementara itu difahamkan mereka ditahan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Selangor.

Terbaharu, peguam yang mewakili Ibu Zayn Rayyan, Mahmud Jumaat memaklumkan bahawa tiada sebarang pengakuan bersalah dilakukan oleh ibu mangsa berusia 29 tahun itu.

Perkara itu didedahkan dalam satu sidang media selepas prosiding yang berlangsung hari ini (12 Jun) di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Mahmud turut membuat bantahan terhadap permohonan polis untuk merekodkan pengakuan daripada ibu Zayn Rayyan di mahkamah mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan.

Sumber 📸: MalayMail

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply