You are currently viewing “Siapa yg sampai hati bunuh anak autisme Macamtu, kalau sy nak polis.. “-PMX Minta polis Lakukan ini..
{"remix_data":[],"remix_entry_point":"challenges","source_tags":["local"],"origin":"unknown","total_draw_time":0,"total_draw_actions":0,"layers_used":0,"brushes_used":0,"photos_added":0,"total_editor_actions":{},"tools_used":{},"is_sticker":false,"edited_since_last_sticker_save":false,"containsFTESticker":false}

“Siapa yg sampai hati bunuh anak autisme Macamtu, kalau sy nak polis.. “-PMX Minta polis Lakukan ini..

KUALA LUMPUR: Polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat berhubung kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin, seperti yang tular di platform media sosial Telegram sejak Khamis.
Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai sesuatu yang tidak bertanggungjawab kerana kesahihannya tidak dapat dipastikan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan tegas ke atas mereka yang dikenal pasti melakukan perbuatan itu.

“Jadi kita akan menghubungi MCMC bagi menyekat penyebaran maklumat yang tidak sahih sehingga boleh mengganggu perjalanan perbicaraan kes Zayn Rayyan.

“Kita juga akan berhubung dengan mereka (MCMC) untuk mendapatkan bantuan dalam siasatan termasuk menurunkan kandungan berkenaan yang dikesan dimuat naik di satu akaun di Telegram.
“Saya ingin katakan sekali lagi segala perkara yang membabitkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi. Ini adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh sesiapa sahaja yang kita kesan kemudian kerana dia boleh mengganggu perjalanan perbicaraan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini pada Jumaat.


Dalam pada itu Mohd Shuhaily berkata, sesungguhnya perbuatan sedemikian boleh menganggu perjalanan perbicaraan yang akhirnya kemungkinan kematian kanak-kanak malang itu tidak mendapat keadilan.
Justeru beliau menegaskan, pihaknya akan menyiasat sehingga ke akar umbi untuk mengenal pasti pihak yang menyebarkan maklumat berkenaan.
Dalam pada itu Shuhaily menjelaskan, dengan pertuduhan terhadap ibu bapa Zayn Rayyan mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 pada Khamis maka siasatan polis selesai, melainkan pendakwaan ada bukti baharu ketika perbicaraan yang memerlukan siasatan dilakukan mengikut seksyen lain.
“Sekiranya ada pendedahan-pendedahan baharu yang membawa kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, pihak DPP (Timbalan Pendakwa Raya) boleh mengarahkan kami dan kami sendiri akan menyiasat semula (mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan),” ujarnya.
Mengulas mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menempatkan adik Zayn Rayyan di Institusi Kebajikan, beliau berpendapat, ia mungkin JKM berasakan ada keperluan untuk meletakkan kanak-kanak itu di bawah jagaan mereka susulan pertuduhan Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 ke atas ibu bapa kanak-kanak itu.
Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan, 6, ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.
Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.
Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply