TIADA angin tiada ribut, penyanyi Shila Amzah mengambil keputusan untuk berehat daripada menggunakan media sosial buat sementara waktu.
Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, menjelaskan tindakan itu dibuat selepas merasakan media sosial sebuah platform yang toksik buat dirinya.
“Saya akan berhenti bermain media sosial untuk sementara waktu.
“Ia telah menjadi tempat yang agak toksik untuk saya.
Media sosial adalah toksik bagi Shila.
“Jadi saya chow (pergi) dulu. Jaga diri semua orang dan semoga menjalani hari yang baik,” katanya.
Penyanyi lagu Patah Seribu itu berkongsi perkara tersebut menerusi Instastory miliknya.
Walaupun tidak menjelaskan secara spesifik punca dia mahu berehat menggunakan media sosial namun tindakan itu difahamkan ada kena mengena dengan kemunculannya di Konsert HausBoom Music 2023 pada Ahad.
Ia susulan Shila menerima kecaman bertalu-talu daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan pakaiannya yang dikatakan tidak bersesuaian dengan penampilannya yang bertudung.
Shila pada acara itu mengenakan jaket merah jambu yang dipadankan dengan kemeja T polos berwarna krim di bahagian dalam.
Bagaimanapun, kelincahan Shila dan faktor angin bertiup membuatkan jaketnya terselak sehingga menampakkan bentuk perut Shila.
Video
Sumber Mstar.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.