You are currently viewing “Ibu zayn mengaku tidak bersalah.. ” Netizen dedah ini punca sebenar selps lakonan semula semalam..

“Ibu zayn mengaku tidak bersalah.. ” Netizen dedah ini punca sebenar selps lakonan semula semalam..

Ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin yang direman sejak 1 Jun lalu bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autistik dilihat meninggalkan Kompleks Mahkamah di sini, sebentar tadi.
Dikawal ketat polis
Wanita berusia 29 tahun berkenaan dikawal ketat polis di lobi mahkamah sebelum dibawa masuk kenderaan agensi penguatkuasaan itu pada jam 12.50 tengah hari.
Difahamkan, ibu kanak-kanak itu tiba jam 10.30 pagi sebelum dibawa masuk mahkamah manakala beberapa individu dipercayai ahli keluarga kanak-kanak itu dilihat masuk lobi mahkamah jam 10.55 pagi.
BERITA TRENDING: #JusticeforZaynRayyan: “Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan” – Polis

BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh
Puluhan pengamal media yang hadir tidak dibenarkan mengikuti prosiding, sebaliknya hanya boleh membuat liputan perkembangan kes terbabit di lobi mahkamah.
Terdahulu, peguam Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat dilihat tiba di mahkamah masing-masing pada jam 11.15 pagi dan 11.20 pagi.
Turut kelihatan berada di mahkamah adalah ahli keluarga kepada bapa kanak-kanak malang itu.
Sebelum ini, polis menyambung reman ibu bapa kepada kanak-kanak autisme terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pasangan itu direman enam hari sehingga esok.
BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” – Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham

BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” – Peguam
Pasangan suami isteri itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mereka ditahan di sekitar Puncak Alam, 31 Mei lalu.
Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira 10 malam.
Sumber: Harian Metro

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply