You are currently viewing “Akhirnya kematian pelajar terbela.. ” Mahkamah Perintah ini kepada pegawai kanan polis..

“Akhirnya kematian pelajar terbela.. ” Mahkamah Perintah ini kepada pegawai kanan polis..

Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 1 Ogos sebagai tarikh sebutan semula untuk menetapkan tarikh pendengaran permohonan jaminan kes Pegawai Kanan Polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak yang didakwa memb*nuh seorang pelajar sekolah menengah, pada 15 Dis tahun lepas.

Pada prosiding sebutan kes hari ini, Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet turut mengarahkan pihak pendakwaan dan peguam untuk memfailkan hujahan sebelum tarikh pendengaran itu.

Mohd Nazri didakwa menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati di sini, antara 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari, 15 Dis tahun lepas.

Sumber: BERNAMA
📸 Zulfadhli Zulkarnain (BERNAMA)
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply