Kuala Lumpur – Penyanyi Masya Masyitah tampil menjawab isu keputusannya yang memilih untuk tidak lagi memakai hijab.
Menerusi sesi siaran langsung di Instagram miliknya, dia berharap orang ramai tidak menunding jari dan menyalahkan kedua ibu bapanya susulan keputusannya itu.
Masya atau nama lengkapnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff berkata keputusan untuk tidak lagi berhijab adalah pilihannya sendiri dan tidak disuruh oleh mana-mana pihak.
Jawab Sebab Buka Tudung
Itu tanggalkan tudung adalah pilihan saya sendiri. Kalau nak marah ke apa, marah pada saya.

Tak payah nak cakap mak saya pun ikut sama galak mengada dan jangan salahkan mak ayah saya.
Siapa kata ayah saya akan tanggung? Sendiri buat, saya sendiri lah tanggung.
Dalam pada itu, Masya turut berkata dirinya kini sudah tidak mahu lagi terlibat aktif dalam industri hiburan ini.
Saya nak hidup bebas, saya dah tak mahu jadi artis, tak mahu dunia glamour. Orang kata saya sendu, ya memang saya nak jadi sendu. Sekarang saya nak jadi orang biasa sahaja.
Malah, pelantun lagu Halimunan itu juga memaklumkan dia sering sahaja menerima pelbagai tawaran tetapi menolak kerana mahu berehat.
Sebelum ini, keputusan penyanyi Masya Masyitah yang memilih untuk tidak lagi berhijab telah mengejutkan ramai pihak selepas memuat naik beberapa foto yang tidak mengenakan hijab di Instagram miliknya.
Kredit : OM/YT
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.