Malu, Kita Yang Terasa. Pengarah David Teo Tegur Penyanyi Masya Masyitah Buka Tudung

Kuala Lumpur – Tindakan penerbit, David Teo, 50 menegur penyanyi Masya Masyitah, 23, yang kini sudah membuka tudung dalam hantaran di Instagram menarik perhatian netizen.

Kebanyakannya yang meninggalkan komen berasa malu apabila individu bukan Islam seperti David tampil menasihatkan Masya dan berharap wanita muda itu sedar terhadap kesilapan dilakukannya.

Ramai orang kejar pahala dunia, tapi tak ramai orang kejar pahala akhirat.

“Walaupun iman kita berbolak-balik tapi kita sebagai manusia kenalah kembali kepada Tuhan,” tulisnya.

David Teo Tegur Masya Masyitah

Dalam hantaran itu, David yang boleh disifatkan sebagai teguran seorang bapa kepada anak perempuannya turut mengajak orang ramai mendoakan Masya.

“Yang penting kita doakan dia semoga mendapat hidayah ke jalanNya,” tulisnya.

Rata-rata netizen menyokong nasihat positif diberikan David itu walaupun dia bukan Islam atau mualaf.

Antara Reaksi Ramai

“Mr David Teo tegur keliru siapa muslim sebenarnya ni. Semoga Mr David mendapat hidayah Allah SWT,” komen netizen.

“Saya hormat sama awak Mr David, bukan muslim tegur orang yang sedia muslim sedih dengan seagama sendiri, terima kasih Mr David,” tulis netizen.

“Bukan muslim tegur yang muslim malunya ya Allah moga kita sempat bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Makin ramai yang bertudung dah free hair Allahu Moga kita sempat bertaubat,” komen netizen.

Pada Ahad lalu, Masya Masyitah tampil berkongsi beberapa foto dia sudah tidak bertudung di Instagram dengan gaya baharunya seperti Barbie.

Kredit : HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.