You are currently viewing “Kalini Lain dia lambai sambil pegang..” Ibu Dedah Tindakan Aneh Arwah Anak sebelum meninggal..
{"remix_data":[],"remix_entry_point":"challenges","source_tags":["local"],"origin":"unknown","total_draw_time":0,"total_draw_actions":0,"layers_used":0,"brushes_used":0,"photos_added":0,"total_editor_actions":{},"tools_used":{},"is_sticker":false,"edited_since_last_sticker_save":false,"containsFTESticker":false}

“Kalini Lain dia lambai sambil pegang..” Ibu Dedah Tindakan Aneh Arwah Anak sebelum meninggal..

“NANTI dia sorang-sorang selepas abangnya meninggal dunia.”

Demikian kata Nurain Hasnorizal ketika berkongsi cerita mengenai anak bongsunya, Muhammad Luth Syauqi, 2, yang masih koma dan menerima rawatan di unit rawatan rapi kanak-kanak Hospital Pulau Pinang.

Terdahulu, anak sulung Nurain, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, meninggal dunia pada pukul 8.40 pagi Rabu (10 Julai) selepas termakan keropok berbalut racun tikus, dalam kejadian pada Ahad.

“Saya tak boleh tengok keadaan macam ni. Mereka berdua memang rapat. Jika nak pergi mana-mana, kalau adik tak nak ikut, abang akan tarik tangan untuk pergi bersama-sama.

Mangsa keropok beracun hembus nafas terakhir dalam bisikan keredaan ibu’

“Sekarang adik masih koma, seksa dia hidup. Kasihan sangat, tetapi saya reda,” katanya dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian.

Menurut Nurain, dia masih menunggu jawapan doktor pakar mengenai keadaan anak keduanya itu.

Bercerita lanjut mengenai arwah anak sulungnya, Nurain, 25, berkata, Muhammad Akil merupakan seorang anak yang manja dan penyayang.

“Perubahan ketara itu, tak ada tetapi dia memang manja.

“Sebelum ini kalau saya nak pergi kerja, dia akan nangis, tapi kali ini dia tak menangis, dia lambai sahaja. Dia cakap ‘bye bye’ sambil pegang adik dia,” katanya.

Abang sudah meninggal dunia’ – ibu budak mangsa keropok beracun

Difahamkan, jenazah Muhammad Akil akan dibawa pulang ke Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kulim untuk disemadikan.

Dalam kejadian pada Ahad, dua kanak-kanak itu muntah di rumah sebelum ibu mereka membawa ke Klinik Kesihatan Malau dan kemudian ke Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati dua beradik itu dipercayai mengambil paket keropok yang tergantung di dawai besi pagar kebun milik jiran yang mengandungi racun bagi tujuan memerangkap monyet.

Sumber : Mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply