Saya share kan resepi masakan daging.
DAGING GORENG THAI STYLE
Bahan-bahan:
-800gm daging
-5 sb biji ketumbar (kisar / ditumbuk)
-4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus)
-1 sb lada hitam (dikisar/ditumbuk)
-2 sb sos tiram 2 sudu besar
– Garam secukup rasa
– Mentega
Bahan-bahan untuk sos:
-Serbuk cili Thai
– Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih)
– 2 sudu beras (goreng / disangai / di kisar halus)
– 2 sb air limau nipis
– 3 sb air asam jawa
– Kicap sotong / sos ikan
– 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
– Daun ketumbar dan daun bawang
Cara buat :
1) Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)
2) Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.
3) Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.
4) Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.
Jadi, bagaimana? Rasa yang berbeza daripada daging goreng kunyit biasa. Bolehlah cuba di hujung minggu.
Paprik Daging
Bahan2:
1/2 kilo daging potong dn rebus spai empuk simpan air rebusan
2 senduk besar cili blend kurang kan klu tak suka pedas
1 senduk besar cili sos
1 senduk besar sos tiram
3 ulas bawang putih di ketuk shj
Sebiji bawang besar di potong dadu
Sebiji bawang besar utk hiasan
Sayur ikut citarasa sendiri
Daun limau purut
Tomato dibelah 6
Cili api dan cili merah untuk hiasan
Garam gula dn perasa secukupnya
Caranya
Tumis bawang hingga naik baunya
Bubuh cili blend di tumis seketika
Masukkan cili sos dan sos tiram
Masukkan daging dan air rebusan
Bubuh sayur dan bahan2 yg lain
Perasakan secukup rasa
Kalau pekat tambah sedikit air.
Sup Daging Siam
BAHAN-BAHAN:
1 kilo daging bercampur tulang lembu
6 biji kentang
3 biji tomato
Jus perahan limau nipis secukupnya
1 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Air secukupnya
*Air kena banyak sebab nak kena rebus tulang ni sampai dagingnya empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum jika tidak perlulah ditambah air dan terus rebus tulang lagi.
BAHAN-BAHAN TUMIS :
3 sudu besar rempah sup
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai dititik
5 biji cili api-boleh tambah
CARA MEMASAK :
– Semua bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus . Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat , tomato juga dipotong 4 .
-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan remaph sup . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan serai , cili api dan semua tulang/daging , biarkan sampai mendidih .
-Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis.
-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la dimasukkan semua ubi kentang . Biarkan ubi kentang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.
Daging Bulgogi
BAHAN-BAHAN:
350gm daging | dihiris nipis
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar gula
1 sudu besar madu
1/2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar bijan | disangai
1 pokok daun bawang | dipotong halus
3 ulas bawang putih | dicincang halus
1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
1/2 sudu kecil serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan perapan kecuali daun bawang dan bijan. Gaul rata dan perapkan daging selama 1-2 jam.
Panaskan kuali dan tuangkan daging serta sos perapan ke dalamnya.
Balik-balikkan daging biar masak sekata. Biarkan sehingga sos perapan mengering.
Apabila dagingnya sudah empuk, taburkan daun bawang dan bijan ke dalam masakan.
Kerutuk Daging Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Daging secukupnya
6 ulas bawang merah – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
Sedikit halia – hiris
3 sudu besar rempah kerutuk
Gula Melaka
Garam
Asam keping
Kulit kayu manis dan bunga lawang
1 sudu besar kerisik
1 kotak santan kotak
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis semua bahan hiris bersama kayu manis, bunga lawang sehingga kekuningan. Masukkan rempah kerutuk yang tidak dibancuh dengan air dan goreng rempah kerutuk dengan pantas. Masukkan sedikit air dan masak sehingga rempah benar benar garing dan keluar minyak.
Masukkan daging dan kacau rata sebelum masukkan sedikit air dan masak sehingga daging empuk. Saya masak dahulu daging dengan pressure cooker bagi mempercepatkan ianya empuk.
Setelah daging masak, barulah dimasukkan santan dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula gula melaka, kerisik, garam dan asam keping.
Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih, cicah roti atau dimakan dengan apa sahaja.
Daging Kaprau
Bahan-bahannya:
Daging yang telah diperap dengan Pes Tomyam Adabi selama setengah jam
Bawang besar yg dipotong 8 (asingkan separuh-separuh)
Cili api yang ditumbuk
Sesudu sos cili thai dan sesudu kicap manis
Daun limau purut (dihiris kasar)
Sedikit gula
Cara-cara membuatnya:
1. Tumis separuh bahagian bawang besar dan cili api sehingga garing.
2. Kemudian, masukkan daging yang telah diperap, masakkan sampai daging kecut dan air daging pun dah kering.
3. Lepas itu, masukkan sos cili thai, kicap manis dan daun limau purut, kacau rata.
4. Masukkan sedikit gula…. Dah siap….
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.