“Jangan sesekali datang, aku tendang”… Black Hanifah hampir buat isteri menangis

HANGAT di media sosial berita seorang TikToker kahwin dua, isteri kepada penyanyi Black Hanifah iaitu Cira Khairy mengakui turut terkesan dan timbul kebimbangan apabila membaca kisah itu.

Cira atau nama sebenarnya Naquia Yasirah Mohd Khairi, bagaimanapun berkata dia masih memberikan kepercayaan penuh kepada suaminya itu malah tidak menyekat untuk melakukan aktiviti harian seperti biasa.

“Bila lihat isu Abang Tesla ni memang la risau malah ada setengah orang kata tak perlu sebab Black ni tak kacak tapi ada juga yang taste dekat dia ya.

“Alhamdulilah buat masa ni memang tak ada yang ganggu suami saya cumanya kalau boleh elakkan perkara itu berlaku kepada keluarga kami.

“Selagi saya percaya dia semuanya baik-baik saja, lagipun saya benarkan dia lakukan apa saja sebab dia seorang yang family man sebab tu Alhamdulilah saya tak risau,” kata Cira kepada mStar.

Sementara itu, Black berkata dia sama sekali tidak akan menduakan isterinya kerana wanita itu menjadi tulang belakang yang menyokongnya ketika susah dan senang.

“Penat lelah kita bersama sampai hari ini, saya kena fikir panjang kalau nak rosakkan hubungan ini.

“Takkan (curang)… Jangan sesekali korang (pengganggu) datang, akan aku tendang,” ujarnya.

Black Hanifah nafi ‘cuci duit’

Penyanyi, Black Hanifah, 35, terkejut apabila namanya dikaitkan dengan aktiviti penggubalan wang haram hanya kerana memiliki sebuah kapal persiar dan sebuah vila mewah di Langkawi.

Tampil menerusi sebuah video di Instagram, Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah menafikan dakwaan terbabit dan menegaskan hasil kemewahan yang dimiliki adalah daripada usahanya bergelar ahli perniagaan.

“Benar, saya ada vila dan yacht (kapal persiar) di Langkawi. Pengikut saya tahu apa yang sedang saya lakukan untuk keluarga dan kawan-kawan yang memerlukan pekerjaan.

“Bila keluar desas desus mengatakan saya ‘cuci duit’, saya tekejut tapi tak hairan sebab orang boleh cakap apa sahaja.

“Sebenarnya Melayu yang suka menjatuhkan Melayu. Itu sahaja yang boleh saya cakap. Tak semua, tapi segelintir yang tak boleh melihat kemewahan orang Melayu yang berdiri di atas apa yang dia lakukan.

“Orang hanya nampak kemewahan dan kejayaan itu. Orang tak nampak kesusahan di sebaliknya,” katanya dalam video berkenaan.

Bukan itu sahaja, Black mendakwa, tuduhan ‘cuci duit’ yang berlegar beberapa hari ini telah membuatnya hilang kepercayaan daripada orang terdekat.

Dia juga mengalami keresahan (anxiety) sehingga perlu bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan.

“Ini minggu yang mencabar untuk saya. Disebabkan video itu banyak perkara yang terganggu. Saya sendiri mengalami keresahan yang agak teruk sampai terpaksa jumpa doktor.

“Kesan tuduhan jahat ini mahal. Saya tidak mengalami kerugian namun kehilangan kepercayaan orang terdekat seperti keluarga dan rakan-rakan.

“Terpaksalah saya menghabiskan minggu ini dengan menjawab panggilan telefon dan pesanan mesej daripada orang untuk mengetahui perkara sebenar,” katanya lagi.

Terdahulu, tular sebuah video pendek mengenai aset kapal persiar yang dimiliki oleh penyanyi lagu Sofea Jane itu di Langkawi. Lantaran itu, timbul spekulasi mengatakan sumber kemewahan yang dimiliki penyanyi itu adalah daripada aktiviti penggubalan wang haram

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.