Hensem. Nabila Razali Dikatakan Dah Bertunang. Lelaki Pilihan Hati Bukan Calang-Calang Orang

Kuala Lumpur – Tiada angin tiada ribut, penyanyi Nabila Razali dikhabarkan sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya dikenali sebagai Nik Iruwan Nik Izani pada malam Jumaat lalu.

Pengurusnya iaitu Mohd Asrul atau Ash bagaimanapun memaklumkan dia juga tidak mengetahui mengenai berita pertunangan Nabila yang sedang kecoh diperkatakan.

Sebaliknya hanya mengetahui mengenai perkara itu pada Ahad dan meminta perkara itu ditanya sendiri kepada Nabila.

Saya tak tahu, saya pun baru tahu hari ini. Kena tanya Nabila sendiri, katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Jejaka Pilihan Hati

Bagaimanapun usaha mendapatkan pengesahan daripada tuan badan tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej dihantar kepada penyanyi lagu Peluang Kedua itu tidak berjawab.

Pada Ahad, Kosmo melaporkan Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, telah mengikat tali pertunangan dengan Nik Iruwan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula di kediamannya di Selayang, Selangor.

Majlis itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pihak.

Sebelum ini pernah tular video memaparkan Nabila bersama seorang jejaka sedang bersiar-siar di Genting Highlands.

Menerusi temu bual bersama sebelum ini, Nabila mengakui sedang mengenali hati budi seseorang namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Kredit : Mstar/IG

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.